Bengkel Kompetensi Panel Penilai Akreditasi Program Akademik UiTM

Bengkel Kompetensi Panel Penilai Akreditasi Program Akademik UiTM telah dijalankan pada 3 dan 4 Oktober 2022 bertempat di Hotel Concorde, Shah Alam. Seramai 40 orang peserta telah menyertai bengkel ini.

Objektif bengkel ini adalah untuk melatih panel penilai baharu yang terdiri daripada staf akademik dengan instrumen penilaian yang digunakan semasa menilai program akademik bagi mematuhi standard dan peraturan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Terima kasih kepada semua pihak dan peserta yang telah memberikan komitmen sepenuhnya sepanjang bengkel ini berlangsung.