UiTM Naib Johan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) peringkat Universiti Awam ke-16

4 Oktober 2022 ¬ Tradisi penganjuran Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) peringkat Universiti Awam (UA) diteruskan untuk kali ke-16 pada tahun 2022 dengan mendukung apsirasi sebagai domain perkongsian idea dan amalan terbaik dalam meningkatkan kualiti dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan Universiti Awam.

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia telah dipilih sebagai tuan rumah untuk KIK pada tahun ini melalui persetujuan dan keputusan bersama semasa Mesyuarat Pendaftar-Pendaftar pada tahun 2019 lalu. Penganjuran konvensyen kali ini dilaksanakan secara pendekatan baharu iaitu persembahan secara pra-rakaman video menggunakan fomat penilaian/kriteria daripada Malaysia Productivity Corporation (MPC).

Objektif pelaksanaan Konvensyen Inovatif dan Kreatif ini adalah; mencungkil cetusan idea baharu dalam reka bentuk dan inovasi kreatif; menerapkan kreativiti dalam usaha peningkatan kecekapan dan keberkesanan pengurusan; menggalakkan persaingan sihat menerusi akiviti inovasi, sains dan teknologi; menjadi landasan untuk berkongsi amalan terbaik dan berkesan yang boleh diaplikasikan dalam pengurusan dan pentadbiran; menjadi pemangkin terhadap penyelidikan, inovasi daya cipta yang unggul.

Sebanyak 48 penyertaan diterima pada Konvensyen KIK UA pada tahun ini dimana 28 penyertaan bagi kategori pengurusan dan 20 penyertaan bagi kategori teknikal.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada kumpulan Petabyte yang dinobatkan sebagai Naib Johan Kategori Teknikal. UiTM juga turut pulang dengan Anugerah Emas yang dimenangi oleh kumpulan MIM-UiTM Cawangan Pahang, Petabyte-UiTM Cawangan Pulau Pinang, AKAL-UiTM Cawangan Perlis dan Xeometria-UiTM Cawangan Johor.