Program “Wake Up Beauty, Its Time To Aerobics” Anjuran Pewani UiTM Cawangan Sabah

KOTA KINABALU, 22 Mac 2023 – PEWANI UiTM Cawangan Sabahh telah menganjurkan program “WAKE UP BEAUTY, ITS TIME TO AEROBICS”,. Seperti kata pepatah Badan Sihat, Otak Cerdas, program ini merupakan aktiviti senamrobik bersama staf dan ahli PEWANI UiTM Cawangan Sabah. Program berlangsung di Ruang Legar, Pusat Kegiatan Pelajar, UiTM Cawangan Sabah telah disertai seramai 40 ahli PEWANI UiTM Cawangan Sabah dengan bimbingan jurulatih Puan Sharmila Tawakkal. Program Senamrobik ini dirasmikan oleh Pengerusi PEWANI UiTM Cawangan Sabah, Yang Berbahagia Datin Hajah Dayang Noorizan Hj Bakrin.

Objektif Utama program ini adalah bertujuan menggalakkan staf menjaga kesihatan, mempraktikkan gaya hidup sihat, persediaan kesihatan sebelum menyambut bulan Ramadhan dan mengeratkan silaturahim antara staf dan ahli PEWANI UiTM Cawangan Sabah. Ketua Program Cik Marlia Yuming, Exco Sukan PEWANI UiTM Cawangan Sabah merakamkan penghargaan kepada semua ahli yang hadir dan berharap agar semua ahli dapat mempraktikkan senamrobik di rumah dan menjadi rutin harian dalam mengekalkan kecantikan dan kesihatan yang baik.

Selain daripada menjaga kesihatan dan kecantikan, program ini juga dapat mengeratkan silaturahim dan menjalin kemesraan serta meningkatkan index kegembiraan staf dan ahli PEWANI UiTM Cawangan Sabah. Turut hadir Manjlis Tertinggi (MT) serta Exco PEWANI UiTM Cawangan Sabah 2023/2025.