PROGRAM USB LOVE & CARE BERSAMA PUSAT JAGAAN YAYASAN KASIH SAYANG NEGERI SEMBILAN ANJURAN JAWATANKUASA PERWAKILAN KOLEJ DAN UNIT PENGURUSAN KOLEJ UITM KAMPUS SUNGAI BULOH, SELAYANG & TELUK INTAN

SUNGAI BULOH, 3 JUN 2023 – Program USB LOVE & CARE dengan tema WE LOVE, WE CARE merupakan inisiatif murni dari Jawatankuasa Perwakilan Kolej dan Unit pengurusan Kolej UiTM Kampus Sungai Buloh, Selayang & Teluk Intan dengan menyantuni anak-anak dari Pusat Jagaan Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan (YKSNS) ini bagi merapatkan hubungan diantara para pelajar bersama golongan yang memerlukan.

Program ini telah dapat dilaksanakan di Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan .YKSKS adalah sebuah NGO berdaftar dan telah beroperasi semenjak tahun 2006 dengan menyediakan kemudahan penginapan kepada kanak kanak yang memerlukan perlindungan disebabkan faktor faktor tertentu dan meletakkan mereka dalam kategori asnaf. Penghuni di YKSNS juga terdiri daripada kalangan saudara baru, golongan asnaf, ibu tunggal, remaja dan saudara yang memerlukan bimbingan serta pertolongan dari masyarakat khususnya. Program ini telah bermula pada jam 7.30 pagi dan telah selesai pada jam 5.00 petang.

Program ini telah disempurnakan dan dirasmikan oleh Profesor Dr. Ahmad Taufek Abdul Rahman, Penolong Rektor UiTM Kampus Sungai Buloh, Selayang & Teluk Intan. Seramai 20 orang urusetia yang hadir terdiri daripada Staf Residen Kolej, Jawatankuasa Perwakilan Kolej, Sekretariat Kolej dan juga Sukarelawan dari Fakulti Perubatan dan Fakulti Pergigian.

Objektif utama program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar universiti tentang aktiviti komuniti dan masyarakat setempat serta memberi bantuan kepada rumah pusat jagaan seperti YKSNS ini dalam bentuk sumbangan wang ringgit, makanan kering dan lain-lain keperluan.

Banyak aktiviti yang telah dapat diadakan dalam program ini. Antara aktiviti yang telah dilaksanakan ialah sesi suai kenal, permainan puzzle, pengagihan makanan Happy Meals McD, Senamrobik, Sukaneka dan Pemberian Sumbangan dari UiTM Kampus Sungai Buloh, Selayang & Teluk Intan iaitu wang tunai melalui mock cheque, hamper dan hadiah. Antara sumbangan lain yang telah dipanjangkan adalah sumbangan dari dari Syarikat Faiza Sdn. Bhd. dan sumbangan individu iaitu wang tunai, makanan kering, dan barang keperluan harian.

Semoga program seumpama ini dapat diteruskan disamping dapat merapatkan hubungan sesama masyarakat dan pelajar universiti. Selain itu, ianya dapat memupuk sifat ihsan dalam kalangan pelajar terhadap nasib golongan yang kurang bernasib baik dan memerlukan bantuan sewajarnya.