Professional talk – Value Management (BQS668) – Sesi Integrasi Ilmu dan Jaringan Industri Anjuran Bidang Ukur Bahan, Kolej Pengajian Alam Bina, UiTM Shah Alam

Professional talk – Value Management (BQS668) telah diadakan secara maya pada Jumaat, 26 Mei 2023 dari pukul 3 hingga 5 petang. Ceramah profesional ini adalah anjuran Bidang Ukur Bahan, Kolej Pengajian Alam Bina (KAB), UiTM Shah Alam dan UiTM Samarahan Cawangan Sarawak. Seramai 183 orang pelajar Sarjana Muda Ukur Bahan (Kepujian) untuk kedua-dua kampus telah mendaftar untuk kursus Value Management (BQS668) ini.

Program pembelajaran koloboratif ini dijalankan bertujuan memberikan pendedahan industri kepada para pelajar tentang tanggungjawab dan tugas juruukur bahan di dalam industri pembinaan pada masa kini. Melalui ceramah profesional ini juga, diharapkan ianya dapat memberi peluang kepada pihak penceramah jemputan untuk berkongsi ilmu, maklumat dan pengalaman bagi penambahbaikan kursus yang sedia ada serta dapat menambahkan ilmu pengetahuan kepada para pelajar bagi persediaan melibatkan diri di dalam industri kelak.

Penceramah jemputan industri telah dijemput untuk sesi integrasi ilmu dan jaringan industri ini. Dr. Syamsul Azuar Arshad adalah seorang Pengurus, Stakeholder Relations and Regulatory Affairs di Malaysia Airports Holdings Berhad. Beliau yang merupakan alumni UiTM meyampaikan ceramah bertajuk, The success stories of value management implementation for Malaysia Airport Holdings Berhad. Beliau bukan sahaja berkongsi pengalaman Malaysia Airports Holdings Berhad menggunapakai value management dalam setiap projek mereka yang bernilai RM300,000.00 ke atas, malah berkongsi pengetahuan lebih 20 tahun di dalam industri pembinaan sebagai seorang juruukur bahan.

Penceramah jemputan sangat berdedikasi dan bersemangat dalam sesi perkongsian ilmu bersama para pelajar yang terlibat. Beliau merasakan ini adalah salah satu kaedah untuk menyumbang kepada anak bangsa terutamanya kepada para pelajar di Bidang Ukur Bahan, KAB, UiTM. Program pembelajaran koloboratif secara maya ini telah tamat dengan jayanya. Ia memberi alternatif baharu yang lebih fleksibel kepada para pelajar dan pensyarah dalam sesi perkongsian ilmu bersama pemain industri.