PROGRAM TANAMAN KONTAN UiTM CAWANGAN SELANGOR

UiTM Cawangan Selangor, melalui Bahagian Penyelidikan dan Inovasi, Bahagian Hubungan Industri, Komuniti dan Alumni, Pejabat Fasiliti dan ICT serta UHEI UiTM Cawangan Selangor telah mengadakan Program Tanaman Kontan UCS pada 10 Jun 2020, bertempat di Kolam 7, UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam. Program yang melibatkan tanaman semula serai, atau nama saintifiknya Cymbopogon citratus ini mendapat sambutan baik daripada warga UCS. Aktiviti yang dijalankan adalah mengikut Prosedur Operasi Standard yang telah ditetapkan oleh MKN dan KKM dengan penyertaan tidak melebihi seramai 20 orang. Program ini adalah bertujuan untuk mewujudkan hasil tanaman yang boleh dijadikan sebagai sumber penjanaan ekonomi UiTM Cawangan Selangor, di samping mewujudkan peluang penyelidikan di kalangan penyelidik UiTM Cawangan Selangor.

Program yang diadakan pada 11 Jun 2020 ini merupakan renteten daripada aktiviti pengambilan lebih kurang 150 rumpun benih serai di Kalumpang, Selangor yang disumbangkan oleh Encik Mohd Firdaus Abd Majid, yang juga merupakan pengusaha perniagaan Sarang Durian di Hulu Selangor pada 6 Jun 2020. Selain itu, khemah jualan serai kepada warga UCS juga dibuka semasa program ini berlangsung.

Diharapkan agar program seperti ini dapat diteruskan lagi di dalam usaha menghijaukan kampus Puncak Alam, di samping memberi pulangan yang lumayan, baik dari segi penjanaan kewangan, serta peluang kolaborasi dan penyelidikan di masa yang akan datang.