Program ‘Talk With Influencer Mr. Guy’ Anjuran Jawatankuasa Perwakilan Kolej UiTM Kampus Sungai Buloh, Selayang & Teluk Intan

29 November 2023 – Program ‘Talk With Influencer Mr. Guy’ anjuran Jawatankuasa Perwakilan Kolej UiTM Kampus Sungai Buloh telah diadakan pada 5 November 2023.

Menyedari bahawa arus media sosial pada masa ini mempunyai pengaruh yang besar dikalangan pelajar, maka Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) mengambil inisiatif menjemput pempengaruh (Influencer) atau pencipta kandungan (content creator) media sosial yang popular di aplikasi Tik Tok iaitu Mr. Guy. Beliau telah berkongsi pengalaman daripada sudut teknikal penerbitan dan juga pemilihan penciptaan kandungan dalam setiap hantaran beliau di media sosial.

Program yang berformat forum ini telah mengajak penonton untuk melihat aplikasi media sosial daripada sudut yang baik dan positif. Ramai di kalangan pempengaruh (Influencer) yang menjalankan tanggungjawab berkongsi kepakaran dan maklumat di media sosial, walaupun berbeza latar belakang dan pendidikan walaupun sebagai seorang guru, aktivis, usahawan, pakar motivasi sehinggalah ke suri rumah, ibu atau bapa tunggal. Secara tidak langsung pempengaruh (Influencer) sebenarnya telah memberi impak yang besar dan berperanan dalam mendidik masyarakat dan pelajar khususnya.

Program yang telah dihadiri seramai 150 orang pelajar di kolej kediaman ini diharapkan dapat memberikan manfaat dan impak kepada semua pelajar yang hadir.
Kesimpulannya, kepada penghuni di kolej kediaman yang berminat untuk menceburkan diri dalam bidang penerbitan penciptaan kandungan, diharapkan perkongsian idea dan pengalaman dari program yang dianjurkan JPK ini akan dapat membantu sedikit sebanyak sebagai panduan kepada pelajar untuk menjadi sebagai seorang pempengaruh (Influencer) dan pencipta kandungan yang kreatif dan bertanggungjawab di masa akan datang.