Program PINTAR: Pertanian Inovatif untuk Belia Sarawak Mencetuskan Semangat Kelestarian dan Inovasi Pertanian

Simunjan, Sarawak – Dengan tekad untuk mengangkat sektor pertanian Sarawak ke arah kelestarian sekuriti makanan dan komoditi, telah diperkenalkan sebuah program perintis yang dikenali sebagai “PINTAR: Pertanian Inovatif untuk Belia Sarawak”.Program inovatif ini bertujuan untuk mengilhami dan meningkatkan penglibatan generasi muda Sarawak dalam sektor pertanian yang berteraskan teknologi secarakecil – kecilan dirumah di kalangan belia muda.PINTAR, sebuah inisiatif yang komprehensif, memadukan konsep pendidikan STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik) dengan amalan pertanian pintar.Program ini memberikan akses kepada pengetahuan, keterampilan, dan sumber daya yang diperlukan untuk merangsang inovasi dalam sektor pertanian. Sesi bengkel pertama program ini disertai oleh seramai 20 belia dan telah berlangsung selama dua hari pada 25 dan 26 November 2023 bertempat di Rumah rehat, Simunjan.

   

Menurut koordinator Jaringan Komuniti, Dr. Azlina Bujang, program PINTAR adalah hasil daripada kerjasama antara UiTM Cawangan Sarawak, Kementerian Belia,Sukan dan Pembangunan Usahawan, Ranting Belia dan Pejabat P200, serta Persatuan Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) Daerah Simunjan dan Sadong. Majlis Perasmian untuk Siri 1 program ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Puan Rodiyah Binti Sapiee, Ahli Parlimen P200 (Batang Sadong), menandakan komitmen pihak berkuasa terhadap pembangunan sektor pertanian di Sarawak.
Menurut Yang berhormat Puan Rodiyah, Program PINTAR bukan hanya membantu memupuk semangat keusahawanan dalam kalangan belia, tetapi juga menekankan konsep kelestarian SDG dan pengurusan sumber secara bijaksana. Dengan memfokuskan pada pembangunan pertanian yang kompetitif dan mesra alam, dapat dilihat program PINTAR ini boleh membawa kecemerlangan kepada sektor pertanian Sarawak. Beliau juga berharap bahawa melalui program ini, belia Sarawak dapat melibatkan diri secara lebih aktif dalam pembangunan sektor pertanian, menyumbang kepada visijangka panjang negara untuk meningkatkan ekonomi desa. Majlis juga dihariri oleh Timbalan Rektor Hal Ehwal pelajar, Prof Madya Dr Saimi Bin Bujang yang mewakili Rektor UiTM Cawangan Sarawak, Pegawai Daerah,Setiausaha tetap Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Tuan Morshidi Fredrick dan barisan Exco tertinggi PPWS yang terdiri daripada Puan Hajah Aishah Edris, YBhg. Dato Hajah Norhyati binti Haji Mohd Ismail dan Puan Norjanah Binti Haji Razali.