Program Tadarus Dan Majlis Khatam Al-Quran Anjuran Phytas Uitm Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam

COVID-19 yang semakin meningkat telah menjadi punca penghalang kepada penganjuran aktiviti-aktiviti secara fizikal. Namun begitu, Persatuan Pelajar Fisioterapi (PHYTAS) UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam tetap berusaha untuk mengimarahkan bulan Ramadhan pada tahun ini. Sehubungan itu, PHYTAS telah mengambil inisiatif dengan menganjurkan Program Tadarus dan Khatam Al-Quran pada 27 April hingga 15 Mei 2020 yang lalu semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih dijalankan.

Program ini dilaksanakan sepenuhnya secara atas talian dengan menggunakan aplikasi WhatsApp dan Google Drive. Semua pelajar Fisioterapi telah melibatkan diri dengan jayanya sepanjang program ini dijalankan. Program ini terbahagi kepada dua sesi iaitu Tadarus Al-Quran dan Majlis Khatam Al-Quran. Tadarus Al-Quran yang berlangsung di platform WhatsApp, dilaksanakan secara berkumpulan mengikut Juz’ Al-Quran manakala Majlis Khatam Al-Quran pula menggunakan platform Google Drive yang diketuai oleh seorang pelajar Fisioterapi semester 5 (sesi 19/20).

Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk memuliakan bulan Ramadhan walaupun mempunyai halangan iaitu pandemik COVID-19. Selain itu, perlaksanaan program ini juga adalah sebagai medium kepada pada pelajar untuk mengisi bulan Ramadhan dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat sekaligus dapat mendidik para pelajar untuk menjadikan pembacaan Al-Quran sebagai aktiviti rutin harian dalam kehidupan.

Kita perlulah menggunakan kemudahan yang sedia ada secara menyeluruh iaitu medium atas talian demi mancapai matlamat di samping kekangan-kekangan yang melanda.