Program Suai Kenal Pelajar Tahun 1 Fakulti Perubatan Dan Pergigian UiTM Kampus Sungai Buloh

Program Suai merupakan program yang dianjurkan oleh Unit Pengurusan Kolej (UPK) UiTM Kampus Sungai Buloh khusus sempena mengalu-alukan kedatangan pelajar Tahun 1 Fakulti Pergigian dan Perubatan yang sepenuhnya berada di kampus. Program ini diadakan pada 8 Januari 2023 bertempat di Auditorium 2, Fakulti Perubatan dan telah disempurnakan oleh Prof. Dr. Ahmad Taufek, Penolong Rektor UiTM Sungai Buloh.

Matlamat utama program ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar baru tentang kemudahan asas dan frasarana di Kampus Sungai Buloh di samping memberi penerangan tentang peraturan Akta 174 yang perlu dipatuhi oleh semua pelajar UiTM. Selain itu, program ini juga bertujuan memberi motivasi kepada pelajar penerapan untuk menguruskan diri sendiri serta menyemarakkan semangat menimba ilmu bagimencapai tahap kecemerlangan.

Akhir kata, program ini telah dapat menyemai dan memupuk nilai-nilai murni, jati diri serta personaliti pelajar yang unggul di kalangan pelajar Fakulti Perubatan dan Pergigian. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan lagi di semester hadapan dan dapat memberi manfaat sebaiknya kepada mahasiswa baharu.