Kursus Kejurulatihan Memanah Tahap 1 Kebangsaan di UiTM Cawangan Pahang

Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) dan Persatuan Memanah Negeri Pahang dengan kerjasama UiTM Cawangan Pahang telah menganjurkan Kursus Kejurulatihan Memanah Tahap 1 Kebangsaan bertempat di Anjung Khazanah Alam, UiTM Cawangan Pahang.

Kursus ini yang merupakan salah satu komponen di dalam Skim Pensijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK), Majlis Sukan Negara Malaysia yang perlu diambil oleh jurulatih sukan memanah bagi permohonan lesen kejurulatihan. Kursus ini telah disertai seramai 35 orang peserta dari seluruh Malaysia.

Majlis Penutup dan penyampaian sijil penyertaan telah disempurnakan oleh Ybrs. Dr. Haji Mohd Kamal Azman bin Jusoh, Timbalan Rektor Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Pahang mewakili Rektor dan pengurusan UiTM Cawangan Pahang. Turut hadir Exco-exco Persatuan Memanah Negeri Pahang.

Tahniah diucapkan kepada semua peserta dan terima kasih diucapkan kepada fasilitator, Ybrs. Encik Muhammad Zul Izzi Joy Robin dan Encik Muhammad Marbawi Sulaiman.Syabas diucapkan kepada barisan urusetia dan penganjur di atas usaha penganjuran dalam melahirkan lebih ramai jurulatihh sukan memanah yang berkaliber dimasa akan datang.