Taklimat Pencegahan Kebakaran di Kolej Angsana, UiTM Cawangan Selangor


Pada 8 Januari 2023 bertempat di Dewan Serbaguna Kolej Angsana, telah dijalankan satu Program Taklimat Pencegahan Kebakaran bagi penghuni kolej kediaman Angsana. Program ini telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Perwakilan Kolej Angsana dan melibatkan Pasukan dari Balai Bomba & Penyelamat Bestari Jaya. Program ini juga turut disertai oleh pasukan Staf Residen Kolej Angsana dan kakitangan sokongan Unit Pengurusan Kolej.

Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberi pengetahuan asas tentang kebakaran kepada penghuni Kolej Angsana berkaitan apakah tindakan awal dan drastik yang harus dilakukan sekiranya berlaku kebakaran atau kecemasan di bangunan kolej, mendidik penghuni Kolej Angsana mengenai prosedur serta laluan kecemasan yang betul dan selamat mengikut pelan yang telah disediakan serta memperluaskan ilmu dan pengalaman dalam cara menangani kebakaran dengan betul dan mencegah risiko kebakaran.

Dengan usaha yang dilakukan ini, diharapkan para pelajar khususnya di Kolej Kediaman Angsana dapat menjadikan program ini sebagai program yang berimpak kepada mereka. Program diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada pihak Bomba Bestari Jaya