Program Southern Region Travel Meet – Ideas, Aspirations, Moving Forward 2023

JOHOR BAHRU, 22 Disember 2022 – Telah berlangsung program Southern Region Travel Meet – Ideas, Aspirations, Moving Forward 2023 dianjurkan oleh Tourism Malaysia Wilayah Selatan yang dihadiri seramai 48 orang pelajar dan pensyarah dari Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan, UiTM Cawangan Melaka di Hotel Opero, Johor Bahru.

Program berkonsepkan dialog dan bual bicara ini merupakan satu usaha dari Tourism Malaysia untuk mewujudkan platform dan medium yang konstruktif dalam penjanaan tatacara dan idea-idea kreatif untuk menangani isu semasa khususnya dari pandangan dan perspektif para pemain industri.

Sesi pertama iaitu sesi “Ideas – Learning & Findings Throughout Challenges” telah dikupas oleh panel jemputan yang terdiri daripada Encik Subramaniam a/l Kandasamy, Pengerusi MATTA Johor Chapter, Encik Ivan Teo, Pengerusi Malaysian Association of Hotels, Encik Jarod Chia, Pengerusi Malaysia Budget Hotel Association dan Tuan Sheikh Abdullah Mohd. Taufik, Pengerusi Johor City & Nature Tourist Guide Association.

Sesi kedua iaitu sesi “Aspirations – What’s to Expect & Aspire for 2023” pula menampilkan panel jemputan yang terdiri daripada Encik Iskandar Mirza bin Mohd Yusof, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) Tourism Malaysia, Encik David Bareng, Pengurus Besar Persada Johor International Convention Centre, Encik Zaide Zainalabidin, Pengarah Urusan Visit Johor dan Encik Edey Suresh, Pengarah UN Global Compact Network Malaysia dan Brunei.

Delegasi FPHP juga dibawa melawat ke Galeri Aura Islam, Iskandar Puteri atas jemputan khas oleh Datuk Hj Anuar Hassan, Pengarah Urusan Galeri Aura Islam yang menampilkan lebih 200 artifak asli tamadun Islam dan satu-satunya di benua Asia.