Program Soul Searching: Man Jadda Wa Jadda”

Program Soul Searching: Man Jadda Wa Jadda” ini berkonsepkan kerohanian. Program ini telah dilaksanakan pada 11 Disember 2021, bertempat di Platform: Cisco Webex & Live Streaming Youtube di bawah anjuran Penang Nursing Student Association (PeNSA). Sesi ceramah berkaitan penggunaan konsep “man jadda wajada” dalam mengubah diri ke arah yang lebih baik yang telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Encik Sofwan Bin Hasbullah @ Abdullah. Beliau merupakan pensyarah kanan UiTM yang memiliki Sarjana Muda Syariah (1985-1989) dan Sarjana Syariah (1999-2001).

Terdapat TIGA (3) objektif yang ingin dicapai dari program ini iaitu:
1. Melahirkan mahasiswa yang mempunyai keseimbangan ilmu akademik dan ilmu agama serta mempunya akhlak dan sahsiah diri yang baik.
2. Menambah pengetahuan tentang ilmu agama Islam dalam diri mahasiswa.
3. Mengasah bakat mahasiswa dalam bidang nyanyian lagu kerohanian.

Kumpulan sasaran dalam menjayakan program ini adalah terdiri daripada 150 orang mahasiswa UiTM Cawangan Pulau Pinang Kampus Bertam. Di samping iti juga terdapat juga pertandingan nyanyian nasyid individu dan aktiviti Kahoot. Secara kesimpulannya, program ini dapat melahirkan mahasiswa yang mempunyai keseimbangan dalam ilmu akademik dan ilmu agama serta mempunyai akhlak dan sahsiah diri yang baik. Ia juga dapat menambah pengetahuan mahasiswa tentang perancangan hidup pada masa hadapan berdasarkan syariat islam.