Program ‘PERUBAHAN’ UiTM Shah Alam Cakna Kucing Terbiar

14 Disember 2022 – Persatuan Ukur Bahan (PERUBAHAN) UiTM Shah Alam telah menganjurkan Program Sukarelawan Khidmat Masyarakat di Galeri Animal Malaysia yang terletak di Kuala Lumpur. Program Perubahan Cakna Kucing disertai oleh 40 orang siswazah Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan dari Universiti Teknologi MARA Shah Alam. Program ini memberi peluang kepada semua ahli sukarelawan untuk memberi belaian kasih sayang kepada semua kucing di Galeri Animal Malaysia. Program Perubahan Cakna Kucing telah diraikan oleh Tuan Arie Dwi Andika, ahli jawatankuasa Persatuan Peminat Kucing Malaysia yang telah menubuhkan Persatuan Peminat Kucing di Kuala Lumpur dan Selangor. Objektif Persatuan Peminat Kucing Malaysia adalah prihatin adalah mengurangkan kesengsaraan haiwan peliharaan seperti kucing dan memastikan si comel dapat menikmati kehidupan yang lebih bersih dan sihat.

Dalam aktiviti CSR tersebut, Sukarelawan PERUBAHAN UiTM Shah Alam membantu melakukan pembersihan sangkar kucing, bagi menjamin keselesaan dan kebersihan kucing. Selain pembersihan sangkar kucing, ahli sukarelawan juga dapat menambah ilmu tentang undang-undang haiwan melalui sesi “LAW TALK” yang disampaikan oleh Tuan Arie Dwi Andika. Aktiviti seperti ‘Stray Feeding’, ‘Grooming Lesson’, ‘Cats Handling and Sharing Love with Cats’ adalah antara modul yang telah disediakan oleh ahli akademik Haiwan Malaysia untuk para sukarelawan bagi menambahkan ilmu tentang penjagaan kucing yang betul. Menariknya, ahli sukarelawan telah diberi cenderahati berupa makanan kucing supaya para sukarelawan boleh mencuba kepada kucing luar nanti. Aktiviti CSR ini diharapkan dapat membentuk jatidiri yang bertanggungjawab kepada haiwan dan melahirkan masyarakat yang lebih prihatin dan bertanggungjawab.