UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin Menerima Lawatan Akademik daripada Universitas Tadulako Sulawesi Tengah, Indonesia (UNTAD)

JASIN, 9 Disember 2022 – UiTM Kampus Jasin telah menerima lawatan akademik daripada Universitas Tadulako Sulawesi Tengah, Indonesia (UNTAD) pada 7 Disember 2022 diketuai oleh Prof. Dr. Marsetyo, Ketua Bahagian Pengantarabangsaan Universitas Tadulako.

YBhg Rektor, Prof Madya Ts Dr. Mohd Rasdi bin Zaini turut meluangkan masa menyantuni delegasi bersama Timbalan-Timbalan Rektor, Timbalan Dekan PJI, FPA, Penolong Rektor KJM, KPP Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Media, koordinator-koordinator fakulti dan barisan pensyarah.

Sesi perkongsian ilmu, perbincangan berkaitan kerjasama penyelidikan, aktiviti akademik, bukan akademik antara kedua universiti serta lawatan sekitar kampus telah diadakan sepanjang kunjungan ini berlangsung.
Semoga kunjungan delegasi Universitas Tadulako ini memberi ruang dan peluang kepada kedua-dua universiti dalam mempergiatkan usahasama dalam pelbagai bidang pada masa akan datang.