Program Pemerkasaan Komuniti Beting Maro: Inovasi dan Keusahawanan

Program Pemerkasaan Komuniti Beting Maro: Inovasi dan Keusahawanan
Komuniti bersama UiTM Cawangan Sarawak

Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak dengan kerjasama komuniti Kampung Spinang dan Kampung Semarang di Beting Maro telah menganjurkan Program Pemerkasaan Komuniti Beting Maro: Inovasi dan Keusahawanan yang berlangsung selama 3 hari bermula pada 31 Januari hingga 2 Februari 2020 bertempat di Kampung Spinang.

Antara objektif utama program ini ialah untuk memperkasakan pembangunan komuniti yang kreatif dan berdaya saing melalui penganjuran mini karnival reka cipta dan inovasi yang melibatkan komuniti setempat yang sangat kreatif dan inovatif dalam penghasilan pelbagai hasil seni dan kraftangan.

Program Pemerkasaan Komuniti Beting Maro: Inovasi dan Keusahawanan

Selain itu juga, tenaga pengajar daripada Fakutli Seni Lukis dan Seni Reka UiTM Cawangan Sarawak turut membantu usahawan merebut peluang pasaran baru melalui bengkel pembungkusan produk. Untuk memastikan produk-produk keluaran komuniti Kampung Spinang ini lebih dikenali, penganjuran bengkel pembungkusan merupakan satu usaha lonjakan kepada usahawan supaya produk keluaran mereka mempunyai identiti tersendiri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N29 Beting Maro YB Tuan Haji Razaili bin Haji Gapor menyokong penganjuran program ini kerana kerjasama yang dijalinkan dengan UiTM Cawangan Sarawak mampu membantu komuniti Kampung Spinang dan Kampung Semarang dari segi perkongsian ilmu dari tenaga pengajar di kalangan pensyarah, kakitangan sokongan dan mahasiswa yang turut membantu menjayakan program ini. Program yang berlangsung selama 3 hari ini dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti seperti sesi motivasi UPSR/PT3/SPM, taklimat Selangkah ke UiTM untuk lepasan SPM, pameran daripada agensi-agensi luar, pertandingan mewarna, sukaneka dan pertandingan masakan.

Majlis Perasmian Penutupan Program Pemerkasaan Komuniti Beting Maro: Inovasi dan Keusahawanan dihadiri oleh YB Tuan Haji Razaili bin Haji Gapor dan Dr Iskanda Openg mewakili Rektor UiTM Cawangan Sarawak YBhg. YBhg. Prof. Dato Dr. Jamil Haji Hamali

Foto berkaitan:

Program Pemerkasaan Komuniti Beting Maro: Inovasi dan Keusahawanan
Penyerahan cenderamata daripada UiTM kepada YB
Program Pemerkasaan Komuniti Beting Maro: Inovasi dan Keusahawanan
Penyerahan aset untuk kegunaan komuniti Beting Maro