FKA Juara Keseluruhan ‘Operational Excellence (OE) Simposium 2020’

FKA Juara Keseluruhan ‘Operational Excellence (OE) Simposium 2020’

Pada 4 Februari 2020, Program ‘Operational Excellence (OE) Simposium 2020’ telah berlangsung di Dewan Berlian, UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam. Program ini turut dihadiri oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr Abu Bakar Abdul Majeed (Rektor, UiTM Cawangan Selangor), Prof. Ts. Dr. Mohd Fozi Ali (Timbalan Naib Canselor Pembangunan), Pn. Hajah Saadah Ibrahim (Pendaftar, Universiti Teknologi MARA), YBhg. Prof. Dr. Hajah Roziah Mohd Janor (Penolong Naib Canselor InQKA), YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Sheikh Omar Abdul Rahman (Ketua Pegawai Eksekutif SOAR Consultations Sdn Bhd), Barisan Pengurusan Kanan Universiti, Dekan – dekan serta hadirin yang terlibat.

FKA Juara Keseluruhan ‘Operational Excellence (OE) Simposium 2020’

Tahniah diucapkan kepada Fakulti Kejuruteraan Awam, UiTM Shah Alam yang telah menjadi ‘Top 16 Finalis Kecemerlangan Operasi 2019’ dibawah kategori Pengurusan Akademik iaitu Prosedur Pengurusan Markah dan Keputusan Peperiksaan Akhir, Prosedur Pengendalian dan Penilaian Projek Tahun Akhir Program Sarjana Muda dan Prosedur Promosi.

Lebih membanggakan lagi, Fakulti Kejuruteraan Awam, UiTM Shah Alam telah dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan Operational Excellence Simposium 2020. Seterusnya, Fakulti Kejuruteraan Awam, UiTM Shah Alam juga telah memenangi tempat pertama iaitu ‘FKA Prosedur e-POH’ dan tempat ketiga iaitu ‘FKA Prosedur My-COPO’ dibawah Kategori Akademik.

FKA Juara Keseluruhan ‘Operational Excellence (OE) Simposium 2020’

Hal ini merupakan titik permulaan yang baik apabila FKA Prosedur e-POH telah dinobatkan sebagai tempat pertama Kategori Akademik kerana dapat meningkatkan imej dan reputasi untuk memiliki sistem kelestarian jangka panjang. Antara tujuan utama e-POH diperkenalkan adalah untuk memudahkan proses penyimpanan data dalam kuantiti yang banyak mengikut tahun, penganjur, kerjasama, tema dan lain-lain. Seperti yang diketahui promosi fakulti membantu dari segi ketampakan staf, pelajar dan aktiviti fakulti melalui media sosial sehingga ke peringkat global.

Seterusnya, ianya terbukti kewujudan e-POH berupaya membantu meningkatkan imej dan reputasi fakulti disamping dapat membantu dalam mengemaskini pelaporan aktiviti secara pantas dan tersusun serta dapat menunjukkan hasil kejayaan sesuatu aktiviti/program, memantau perkembangan FKA dan ketampakan Fakulti.

Dengan ini terbukti bahawa e-POH adalah satu sistem Operational Excellence yang cemerlang.

FKA Juara Keseluruhan ‘Operational Excellence (OE) Simposium 2020’ FKA Juara Keseluruhan ‘Operational Excellence (OE) Simposium 2020’ FKA Juara Keseluruhan ‘Operational Excellence (OE) Simposium 2020’ FKA Juara Keseluruhan ‘Operational Excellence (OE) Simposium 2020’ FKA Juara Keseluruhan ‘Operational Excellence (OE) Simposium 2020’