Dare to Fit: Ekoterapi Bukit Suling

Dare to Fit: Ekoterapi Bukit Suling

Kepala Batas, 6 Feb 2020 – Seramai 15 peserta program Dare to Fit Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pulau Pinang Kampus Bertam yang berkelapangan telah menyertai aktiviti mendaki Bukit Suling, baru-baru ini. Bukit Suling juga dikenali dengan panggilan Bukit Langkap di kalangan penduduk tempatan. Sebahagian besar Bukit Suling merupakan kebun durian dan kebun buah-buahan.

Selain aspek fizikal, antara objektif program Dare to Fit adalah untuk mengurangkan stres di kalangan peserta. Sememangnya telah terbukti bahawa kesejahteraan mental dan fizikal boleh dipertingkatkan melalui sebarang kegiatan luar di alam semulajadi. Oleh itu, aktiviti pendakian ini telah dirangka supaya para peserta dapat menikmati suasana hutan dalam keadaan yang santai. Dari puncak, para peserta berpeluang menikmati pemandangan keseluruhan bandar Bukit Mertajam dan Empangan Mengkuang.

Tahniah kepada semua peserta pendakian Bukit Suling yang berjaya melengkapkan satu pusingan bukit dalam masa yang ditetapkan. Syabas juga kepada pihak penganjur program Dare to Fit.

Dare to Fit: Ekoterapi Bukit Suling Dare to Fit: Ekoterapi Bukit Suling Dare to Fit: Ekoterapi Bukit Suling