Program Melukis Mural Bertemakan “Love Nature”

Program ini telah diadakan pada 14 Januari 2023 dengan tema “Love Nature” di lukis sendiri oleh seramai 25 orang pelajar siswa dan siswi Kolej Zamrud dan Baiduri, UiTM Puncak Alam Cawangan Selangor.

Program ini bertujuan untuk menjadikan kawasan persekitaran Anjung Selera Kolej Zamrud Baiduri dalam keadaan lebih menarik dan ceria. Selain itu juga, program ini secara tidak langsung telah meningkatkan kreativiti pelajar dan memupuk semangat saling bantu membantu dalam menyiapkan lukisan mural mengikut masa yang telah diberikan.

Diharapkan penganjuran aktiviti seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi meningatkan kemahiran insaniah dan kerja berpasukan dikalangan para pelajar.