Program “Literature Insight: Stories & Session”: Pendedahan Dunia Penulisan dan Penerbitan

SETIA ALAM, 7 Julai 2023 – Universiti Teknologi MARA (UiTM Shah Alam) telah menjayakan program “Literature Insight: Stories & Session” di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Setia Alam. Program yang melibatkan hampir 300 orang pelajar dari tingkatan dua sesi petang SMK Setia Alam merupakan hasil anjuran penuntut pengajian Kerja Maklumat (IML553) di Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik (KPPIM). Program turut dihadiri Puan Maizun-Azian binti Akiah selaku Penolong Kanan Petang SMK Setia Alam.

Pengisian program dimantapkan dengan sesi “Forum: Editor’s Perspective with Encik Shamsul Amin”. Encik Shamsul Amin telah berkongsi pengalaman mengenai kejayaan beliau di dalam bidang penulisan termasuk kejayaan beliau dianugerahi Penulis Muda ASEAN. Encik Shamsul Amin menekankan bahawa usaha adalah teman baik kepada kejayaan kerana beliau percaya bahawa pengalamannya daripada seorang penulis yang tidak memiliki sebarang pencapaian mahupun pengiktirafan juga mampu memiliki kejayaan pada masa kelak.

Ini diikuti dengan pelbagai aktiviti interaktif seperti Bookstagram: Book Picnic, Wheel of Names Game, dan ‘Bedah’ Bukui. Program yang mendapat sambutan hangat dan sokongan dari pihak sekolah ini berupaya mengasah dan menyerlahkan lagi bakat penulisan para peserta seterusnya memperkasakan bidang penulisan dan bidang penerbitan Malaysia. Ini selaras dengan pencapaian Matlamat Pembangunan Mampan 4: Pendidikan Berkualiti serta mendokong aspirasi Malaysia Madani.

Galeri Gambar: