Program Kasih Ramadan: UiTM Cawangan Sabah Bertadarus Bersama Komuniti

Sabah, 6 APRIL 2023 – Program Kasih Ramadan: UiTM Cawangan Sabah Bertadarus Bersama Komuniti telah berjaya dilaksanakan di Masjid Nur Md. Saman, Kg Dungun Tuaran pada 6 April 2023. Ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Puan Aminah Aman, Timbalan Pendaftar Kanan, UiTM Cawangan Sabah yang telah menyempurnakan majlis perasmian dan seterusnya menyampaikan sumbangan dan infaq daripada Sazarice Sdn Bhd, Metro Mini Mart, Pertubuhan Pembangunan Minda Insan (PPMI) dan orang perseorangan seramai 30 orang penerima dari kalangan asnaf dan fakir miskin di kampung tersebut.

Program Kasih Ramadan ini merupakan program kedua selepas program Misi Kasih Ramadan pada tahun 2022 yang lalu, namun kali ini turut melibatkan Unit Hal Ehwal Islam (UHEI) dan Akademi Pengajian Islam dan Kontemporari (ACIS) serta kerjasama dengan Pertubuhan Pembangunan Minda Insan (PPMI), Sabah. Program ini juga turut melibatkan hampir 40 orang pelajar daripada tiga persatuan iaitu The Accountancy Club (TAC), Rakan Siswa Yadim (RSY) dan Jawatankuasa Pusat Islam (JPI). Program tadarus turut dipimpin oleh asatizah daripada ACIS dan 3 orang pelajar daripada Plus Tahfiz UiTM Cawangan Sabah. Program turut diteruskan dengan khatam Al-Quran, berbuka puasa, solat Maghrib dan Isyak dan seterusnya solat terawih secara berjemaah.

Ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua yang telah menyumbang baik secara langsung mahu pun tidak langsung. Semoga amalan baik ini diterima disisi ALLAH SWT. Aamiin Yaa Rabbal Aalamin