Program Ibadah Qurban Perdana YaPEIM

MACHANG, 4 Julai 2023 – Program Ibadah Korban Perdana YaPEIM dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan Tahun 2023M/ 1444H telah diadakan pada 2 Julai 2023 bermula pada jam 8:00 pagi bertempat di Perkarangan Dewan Dato’ Sri Ts. Mohammad Hamdan Haji Wahid, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan.

UiTM Cawangan Kelantan telah menerima sumbangan seekor lembu dan seramai tujuh orang kakitangan terpilih sebagai peserta Program Ibadah Qurban Perdana YaPEIM. Hishamudin Mohamad Twontawi, Timbalan Pendaftar Kanan UiTMCK mengetuai Program Ibadah Korban bermula dengan penyembelihan lembu Korban dan aktiviti melapah daging yang melibatkan 14 orang kakitangan.

Pengagihan daging Korban telah disampaikan oleh Prof. Dr. Haji Abdol Samad Nawi, Rektor UiTM Cawangan Kelantan, melibatkan seramai 108 orang kakitangan dari UiTM Cawangan Kelantan Kampus Machang dan Kampus Kota Bharu.