PROGRAM JPK KOMPLEKS TOK GAJAH – “KALAM ASATIZAH: BISMILLAH, AKU BERUBAH”

JENGKA, 6 Julai 2023 – Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) Kompleks Tok Gajah UiTM Cawangan Pahang Kampus dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Islam (UHEI) dan Entertainment of Muslim Art Club (EAC) sebagai rakan kolaborasi telah menganjurkan sebuah forum bertajuk ‘‘Kalam Asatizah: Bismillah, Aku Berubah“ pada 18 Mei 2023 yang lalu. Program ini merupakan perbincangan terbuka antara panel jemputan serta soal jawab bersama audiens tentang penekanan aqidah serta pemantapan sahsiah diri mahasiswa di universiti.

Program yang telah diadakan ini secara langsung telah mencapai SDG 3 iaitu memastikan mahasiswa berada dalam kesihatan dan kesejahteraan yang baik dengan mengadakan satu program bersama komuniti lokal untuk menambahkan kesejahteraan kita bersama. Selain itu program ini juga dapat mencapai PI038 dengan yang menambahkan nilai tanggungjawab mahasiswa terhadap diri mereka melalui rasa tanggungjawab sebagai seorang muslim, seorang anak dan seorang pelajar.

Program ini telah mendapat sambutan daripada pelajar serta staf yang berada di sekitar kawasan UiTM Cawangan Pahang. Panel penceramah terdiri daripada Yang Berusaha, Dr. Fauzi b Azmi dan En Mohd Ikhsan bin Md Raus telah menyentuh perkara-perkara yang bertepatan dengan nilai-nilai i-DART dalam memastikan objektif program dapat disampaikan dengan baik dan berkesan.

Diharapkan program-program ilmu seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang dan disertai dengan lebih ramai pelajar lagi kerana peluang keemasan dalam mencari ilmu secara percuma itu tidak wajar disia-siakan begitu sahaja.