Program Hari Pancing OZMY Vol 1 : Charity Fishing Contest Event di Tasik UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin

JASIN, 4 Februari 2023 – Telah berlangsung Program Hari Pancing OZMY Vol 1 : Charity Fishing Contest Event di Tasik UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin. Program ini telah menarik penyertaan lebih daripada 130 penyertaan yang melibatkan staf , pelajar, alumni uitm dan juga orang luar terutamanya pemancing-pemancing yang mengemari pengalaman memancing ikan peacock bass yang sangat popular di kalangan pemancing sport fishing.

Majlis Penutup telah di dirasmikan oleh Penolong Rektor UiTM Jasin Encik Ahmad Khairuman Bin Md Hasim. Sumbangan dari yuran penyertaan program ini telah diserahkan kepada Penolong Rektor UiTM Jasin sebagai wakil UiTM Jasin untuk diserahkan kepada pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan oleh En. Abdul Razak Bin Rajab Founder Ozmy selaku penganjur bagi program ini.

Terima kasih dan syabas di ucapkan kepada semua pemenang , pihak penganjur @ozmy dan penyumbang .