Program Haluan Siswa UiTM (HSU) Anjuran Unit Pengurusan Kolej (UPK) UiTM Cawangan Selangor, Kampus Sungai buloh, Selayang & Teluk Intan

SUNGAI BULOH, 28 Oktober 2023 – Haluan Siswa UiTM (HSU) adalah merupakan satu program yang dianjurkan oleh Unit Pengurusan Kolej (UPK) bersama Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPK). Program Haluan Siswazah UiTM (HSU) ini telah berlangsung dengan jayanya pada 28 Oktober 2023 di Auditorium 1, Fakulti Perubatan UiTM Kampus Sungai Buloh. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar baharu berkaitan taklimat penting kolej, kemudahan kampus, peraturan yang sedang digunapakai, pengurusan kampus dan lain-lain lagi. Program Haluan Siswa UiTM (HSU) merupakan inisiatif yang penting dan integral kalendar akademik universiti. HSU biasanya diadakan pada awal setiap semester untuk menyambut pelajar baharu yang mendaftar di UiTM Kampus Sungai Buloh.

Objektif program:
• Memberi pendedahan kepada pelajar baharu tentang kemudahan di kampus
• Memberi penerangan tentang peraturan Akta 174 yang perlu dipatuhi oleh semua pelajar UiTM
• Memberi pengenalan tentang hal-hal akademik kepada pelajar baharu
• Memberi motivasi kepada pelajar penerapan untuk menguruskan diri sendiri serta menyemarakkan semangat menimba ilmu bagi mencapai tahap kecemerlangan
• Menyemai dan menyuburkan sifat nilai-nilai murni dalam diri pelajar, disamping membentuk jati diri serta personaliti pelajar yang unggul

Semua objektif program telah dapat dicapai dan memberi kesan yang positif kepada para pelajar baharu khususnya. Diharapkan program seperti ini akan diteruskan lagi bagi mendidik pelajar baharu dan memberi pendedahan tentang realiti kehidupan sebenar di kolej kediaman. Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pasukan urus setia yang terlibat dalam menjayakan program ini. Diharapkan semua manfaat yang berjaya diterapkan dalam diri pelajar dapat memberi impak yang positif di masa akan datang.