Karnival Sukan Tradisional atau Sukan Rakyat Anjuran Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) UiTM Cawangan Selangor Kampus Sungai Buloh, Selayang & Teluk Intan

PUNCAK ALAM, 8 November 2023 – Karnival Sukan Tradisional telah diadakan pada 28 Oktober 2023 yang telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Selangor, Kampus Sungai Buloh, Selayang & Teluk Intan. Program ini telah dihadiri oleh 185 orang pelajar, terdiri dari pelajar Fakulti Perubatan dan Fakulti Pergigian yang terdiri dari mahasiswa Ijazah Sarjana Muda dan Diploma.

Setiap peserta telah dipecahkan kepada 20 kumpulan yang terdiri dari 8 orang setiap kumpulan. Mereka diberikan peta untuk memudahkan pergerakan mereka dan menghindari pertemuan di checkpoint masing-masing. Susunan telah dirancang untuk menghindari pertemuan kumpulan yang sama di checkpoint tertentu. Disetiap checkpoint pelajar telah diberikan tugasan untuk bertanding permainan tradisional atau sukan rakyat. Antara sukan tradisional tersebut adalah batu seremban, congkak, carom dan ceper. Konsep pertandingan yang diterapkan adalah berbentuk sistem kutipan mata liga, di mana setiap pemenang dari setiap checkpoint akan diberi mata. Tempat pertama akan diberikan tiga mata, tempat kedua dua mata, dan tempat ketiga dan keempat akan berbagi satu mata. Setelah semua checkpoint selesai, semua peserta akan dikumpulkan kembali di dalam Auditorium 1 untuk menentukan 6 kumpulan terbaik yang akan bersaing dalam pertandingan akhir untuk merebut tempat pertama. Penentuan telah ditetapkan pemenang perlu menjuarai pertandingan tarik tali.

Kesimpulannya, Karnival Sukan Tradisional ini telah dapat memberikan impak positif kepada para pelajar dengan menghidupkan kembali keindahan permainan tradisional yang semakin terpinggirkan oleh perkembangan zaman dan teknologi sains serta gajet. Kesimpulannya, program ini telah dapat mencapai objektif dengan baik dan semua pelajar mohon untuk karnival ini diteruskan di masa akan datang.