Program Career Clinic: MLT Prospect Profession

PUNCAK ALAM – Program Career Clinic: MLT Prospect Profession anjuran Persatuan Pelajar Teknologi Makmal Perubatan (MELTECH), Fakulti Sains Kesihatan (FSK), Universiti Teknologi MARA Kampus Puncak Alam telah diadakan melalui platform aplikasi Facebook Live ‘MELTECH UiTM Puncak Alam’. Seramai 149 orang pelajar termasuk 13 orang penganjur dan 136 orang peserta telah menyertai program ini. 3 orang panel jemputan telah dijemput untuk memberi ulasan mengenai forum kali ini.

Program ini merupakan usaha Ahli Jawatankuasa (AJK) MELTECH untuk memberi pendedahan kepada para peserta mengenai kerjaya-kerjaya yang dapat diceburi setelah tamat pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Teknologi Makmal Perubatan. Panel jemputan yang terdiri daripada alumni pelajar Ijazah Sarjana Muda Teknologi Makmal Perubatan iaitu Encik Muhd. Aiman Abdul Halim, Puan Zulmaizura Ishak dan Encik Muhammad Feerdaus Kamis telah memberi ulasan mengenai tajuk ini.

Pengarah program, Umi Nabiha binti Mohd Azli berkata program sebegini amat diperlukan sebagai pendedahan awal kepada para pelajar tentang skop kerja Teknologi Makmal Perubatan. Beliau juga berharap program ini dapat melahirkan mahasiswa yang mempunyai visi dan misi dalam pembelajaran.

“Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah menyumbang tenaga, idea dan masa bagi menjayakan program ini. Tanpa anda program ini tidak akan dapat direalisasikan,” katanya.