Program Bakul Rezeki sempena Ramadan 1444H/ 2023

ALOR GAJAH, 18 April 2023 – Telah berlangsung majlis serahan sumbangan bagi Program Bakul Rezeki sempena Ramadan 1444H/ 2023 bertempat Dewan Kuliah 3 (DK3), UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah anjuran Kelab Akademik Mesra Intelek (KAMI); dengan kerjasama Jabatan Undang – Undang, UiTM Cawangan Melaka.

Seramai 142 orang pekerja pembersihan/ pekerja am yang berkhidmat di UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah; termasuklah daripada Waqaf Dusun Ilmu (WaDI) telah menerima sumbangan tersebut

Turut hadir YBhg. Rektor, Profesor Madya Ts. Dr. Mohd Rasdi Zaini, yang telah menyempurnakan majlis serahan sumbangan tersebut kepada para penerima. Turut hadir sama adalah Pn. Masita Hasan, Pengerusi Kelab Akademik Mesra Intelek (KAMI) dan Ts. Mohd Efizan Jumberi, Jurutera Kanan (Menjalankan Tugas Pengarah, Pejabat Pengurusan Fasiliti PPF).

Sekalung tahniah dan terima kasih kepada Kelab Akademik Mesra Intelek (KAMI); dengan kerjasama Jabatan Undang – Undang, UiTM Cawangan Melaka atas penganjuran program berbentuk khidmat masyarakat (Corporate Social Responsibility – CSR) yang bermanfaat ini; lebih – lebih dalam menjalani ibadah sepanjang bulan Ramadan; selain daripada persediaan bagi menyambut Aidilfitri yang bakal menjelang. Semoga program ini dapat diteruskan lagi pada masa kelak dalam usaha ke arah memperkasakan semangat saling berkongsi rezeki yang dinikmati menerusi sumbangan yang dihulurkan di samping memupuk sifat cakna antara satu sama lain dalam kalangan warga kampus.