Program Jom Bantu Asnaf 3.0 Dengan Kerjasama KPDN Negeri Melaka & Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) Negeri Melaka

MELAKA, 19 April 2023 – UiTM Melaka telah mengadakan Program Jom Bantu Asnaf 3.0 dengan kerjasama KPDN Negeri Melaka & Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) Negeri Melaka bertempat di Auditorium PERZIM & Stadthyus, Melaka pada pagi ini.

Sumbangan Bakul Rahmah Aidilfitri telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Azman Bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) kepada 60 orang asnaf dan 15 orang penarik beca terpilih.

Turut hadir YBhg. Rektor, Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Rasdi Zaini, Datuk Akmarudin bin Abd Aziz, Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), Puan Norena Binti Jaafar, Pengarah KPDN Melaka, Puan Fadhilah binti Md Saleh, Pengurus Besar PERZIM dan Encik Sa’ari bin Basiron, Pengurus Besar BPP.