Kunjung Hormat YBhg. Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Rasdi Zaini, Rektor UiTMCM ke Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2), Sepang.

SEPANG, 12 April 2023 – Kunjung hormat YBhg. Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Rasdi Zaini, Rektor UiTMCM ke Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2), Sepang.

Turut hadir Dr. Nur Hayati Abd Rahman, Timbalan Rektor Penyelidikan & Jaringan Industri (PJI), Ts. Dr. Nadzri Hj. Mohd Sharif, Ketua Pusat Pengajian, Kolej Pengajian Seni Kreatif (KPSK) bersama barisan pensyarah KPSK. Kunjungan hormat ini bagi membincangkan Projek Inspirasi Seni @Ruang Inisiatif bagi mengetengahkan bakat Pensyarah dan Pelajar di sekitar lapangan terbang bersesuaian dengan tema Kebolehpasaran Global.