Majlis Iftar Nurani Kasih Ramadan UMAT

MELAKA, 8 April 2023 – Telah berlangsung Majlis Iftar Nurani Kasih Ramadan UMAT bertempat di Hotel La Crista, Melaka anjuran Persatuan Alumni UiTM Cawangan Melaka dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar petang ini.

YBhg. Datuk Omar Shariff Mydeen, Ahli Lembaga Pengerusi UiTM, merangkap Alumni UiTMCM menyampaikan Penyerahan Dermasiswa TULUS kepada 30 pelajar UiTM Cawangan Melaka disaksikan Dato’ Rosthman Bin Ibrahim dan Presiden UMAT dan Rektor, Profesor Madya Ts. Dr. Mohd Rasdi Zaini.

Turut hadir Professor Dr. Mohamad Hariri bin Abdullah, Timbalan Naib Canselor ICAN UiTM, Profesor Datuk Dr Mizan Hitam, Penolong Naib Canselor Institut Kepimpinan dan Pembangunan UiTM dan Timbalan Pengerusi Persatuan Pesara UiTMCM, Datuk Sabariah Mahat.