PPT UiTM Perlis terus prihatin dengan kebajikan pelajar

Di atas keprihatinan sepanjang tempoh kerajaan mengadakan Kawalan Pergerakan bagi memerangi penularan wabak Coronavirus (Covid-19) di negara ini, Program Pengajian Tinggi (PPT) UiTM Cawangan Perlis yang diketuai oleh koordinatornya Tuan Haji Zulkafli Mansor telah mengadakan kerjasama dengan PUSPANITA Negeri Perlis bagi bantuan makanan kepada sebilangan pelajar-pelajar Pra Diploma yang masih tinggal di kolej. Majlis penyampaian tersebut telah disempurnakan oleh Pengerusi Puspanita Cawangan Negeri Perlis, YBhg Puan Roszita binti Imadudin yang hadir bersama rombongannya. Penyampaian sumbangan turut disaksikan oleh Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UiTM Perlis, Dr Ahmad Nizan Md Nor. Turut menerima bantuan tersebut adalah pelajar2 diploma dan wakil MPP.