PKA, UiTM Cawangan Pahang: Pengajaran Kolaboratif bagi Kursus ECW231 – Fluid Mechanics

Pengajian Kejuruteraan Awam, UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka (PKA UCPh), telah mengadakan pengajaran kolaboratif bertajuk “Fluid Flow: Ideal and Real Fluid” bersama pensyarah tamu iaitu YBrs Cik Hayana Dullah, pensyarah Faculty of Engineering, Built Environment & Information Technology, MAHSA University. Pengajaran kolaborarif ini telah berjaya dilaksanakan secara atas talian (Webex) pada 10 Januari 2024 bermula jam 7.45 malam hingga 10.00 malam. Program ini merupakan sesi perkongsian ilmu berkaitan kursus Mekanik Bendalir (Fluid mechanics, ECW231). Pemilihan Model 2 iaitu Kolaborasi Penyampaian telah dipilih berpandukan kepada Kerangka Pengajaran Kolaboratif dan Pelaksanaannya di Universiti Teknologi MARA.

 

Para peserta program ini adalah seramai 94 orang pelajar CEEC110 semester 3 yang telah mendaftar kursus ECW231 pada semester Oktober 2023- Februari 2024 dan juga pelajar dari MAHSA University. Pensyarah tamu telah menyampaikan syarahan mengenai mekanik bendalir iaitu merangkumi penerangan tentang pecahan ilmu fizik yang menyentuh tentang pergerakan bendalir seperti cecair, gas dan plasma. Konsep kajian bendalir ini terbahagi kepada tiga iaitu Statik bendalir, Dinamik bendalir dan Kinematik bendalir. Disamping itu juga, pengajaran kolaboratif ini dapat memberi motivasi dan memupuk minat pelajar untuk bekerjaya sebagai jurutera dalam bidang ‘Water Resources and Environmental System (WRES)’. Selain itu, pendekatan pengajaran dan perkongsian ilmu secara kolaboratif dengan pensyarah dan kepakaran luar telah membuka satu dimensi dan lembaran baru kepada tahap pemahaman dan penerimaan pelajar terhadap sesuatu ilmu yang disampaikan.

Para pelajar telah mendapat banyak ilmu dan manfaat daripada penyampaian YBrs Cik Hayana Dullah yang mana ilmu ini nanti akan memudahkan mereka memahami lagi tentang sub topik tersebut. PKA UCPh mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah tamu atas kesudian dan kerjasama berkolaborasi dengan kami. Semoga pengajaran kolaborasi yang dilihat mampu memberikan implikasi positif kepada para pelajar ini dapat diteruskan oleh PKA UCPh pada semester akan datang untuk subjek yang lain.

Tenaga pengajar ECW231 – Fluid Mechanics pada semester 20234 ini adalah :

  1. Ts. Dr. Hamizah Mokhtar
  2. Ts. Ahmad Amzari Yaccob
  3. En. Noor Safwan Muhamad
  4. Ts. Zulhafizal Othman
  5. Ts. Dr. Duratul Ain Tholibon
  6. Pn. Ainamardia Nazarudin
  7. Ir. Dr. Siti Safirah Rashid