Lawatan Penanda Aras SCUD UiTM Kampus Tawau Ke Sawit Kinabalu Group Mills, Apas Balung

TAWAU, 5 MAC 2024: Satu lawatan penanda aras pelaksanaan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH), Jawatankuasa Safety Committee Under Department (SCUD), Universiti Teknologi MARA Cawangan Sabah (UiTMCSH) Kampus Tawau ke Sawit Kinabalu Group Mills (SKGM)- Apas Balung Palm Oil Mill (ABPOM) telah diadakan pada 29 Februari 2024 yang lalu.

Lawatan penanda aras dihadiri sembilan ahli Jawatankuasa SCUD diketuai oleh Tuan Haji Muliyadi Haji Guliling, Pengerusi SCUD, UiTMCSH Kampus Tawau bertujuan untuk mendapatkan perkongsian berkaitan yang boleh dijadikan sebagai rujukan proses pelaksanaan OSH di ABPOM.

 

Sesi pengenalan lawatan telah dipengerusikan oleh Encik Adhli Fadhlullah Sa’aadilah, Penolong Pengurus, ABPOM bagi berkongsi latar belakang, pengiktirafan dan pensijilan yang telah diperolehi oleh ABPOM.

Manakala, sesi perkongsian maklumat berkenaan pelaksanaan OSH di tempat kerja disampaikan oleh Cik Fatimah Zahra Ab Rahman, Penyelia OSH, ABPOM. Seterusnya, rombongan telah dibawa melawat ke sekitar kawasan operasi kilang bagi melihat pelaksanaan OSH secara langsung di tempat kerja.

Di akhir lawatan, penyampaian cenderamata telah disampaikan oleh Tuan Haji Muliyadi Haji Guliling kepada Encik Adhli Fadhlullah Sa’aadilah sebagai tanda penghargaan dan terima kasih.

Semoga lawatan dan pertukaran idea antara pihak Jawatankuasa OSH, ABPOM dan Jawatankuasa SCUD, UiTMCSH Kampus Tawau akan meningkatkan jalinan kerjasama yang erat dan nilai tambah kepentingan budaya kerja selamat di tempat kerja.