Pesta Ketipang Payung

REL-Event, pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Acara UiTM Puncak Alam dengan kerjasama Alpha Runners Network akan menganjurkan “Pesta Ketipang Payung” bertempat di Dewan Berlian, UiTM Puncak Alam, Kuala Selangor pada 16 Jun & 17 Jun 2023.

Pesta Ketipang Payung ini adalah persembahan nyanyian yang akan didendangkan oleh barisan penyanyi yang terkemuka yang bertemakan tema klasik. Selain daripada acara persembahan nyanyian, terdapat pelbagai lagi acara menarik yang lain seperti Malam Pesta Muda Mudi, Pekan Sari, Cabutan Bertuah, dan selingan perlaksanaan program “1 Pakaian, 1 Senyuman”.