Persembahan Amal Malam Kita Anjuran Jawankuasa Kolej Dahlia Kutip Sumbangan Untuk Unit Perkhidmatan OKU UiTM (UPO)

PUNCAK ALAM, 9 JANUARI 2023 – Pada 18 Disember 2022, Jawatankuasa Perwakilan Kolej Dahlia sesi 2022/2023 telah menganjurkan satu program Dahlia Fun Fiesta: Malam Kita yang bertempat di Dewan Berlian, UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam. Rentetan daripada program tersebut, sebanyak 1,234 tiket telah berjaya dijual kepada seluruh pelajar UiTM Cawangan Selangor. Setiap pembelian tiket akan menyumbang sebanyak RM1 kepada Unit Perkhidmatan OKU UiTM (UPO).

Kesinambungan daripada kutipan tersebut, hari ini telah berlangsung satu majlis simbolik penyerahan sumbangan daripada Jawatankuasa Perwakilan Kolej Dahlia sesi 2022/2023 kepada Unit Perkhidmatan OKU UiTM (UPO) di Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UiTM Kampus Puncak Alam. Program ini telah berjaya mengumpul sumbangan sebanyak RM1,234.00 dalam tempoh masa 28 hari dan sumbangan tersebut telah diserahkan sepenuhnya kepada pihak UPO UiTM.

Tetamu yang turut hadir dalam memeriahkan majlis ini antaranya ialah Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar, UiTM Cawangan Selangor, Profesor Madya Dr Badrul Isa, Pengetua Kolej Dahlia merangkap penaung program, Dr Firdaus Ahmad Fauzi, Pengarah Unit Perkhidmatan OKU UiTM, Profesor Madya Ts. Dr. Roslinda, Felo Unit Perkhidmatan OKU UiTM, Dr. Nor Amlizan Ramli dan Puan Saadiah@Juliana Saadon, Ketua Timbalan Bendahari, Puan Alzura Alang Idris, Pengurus Asrama Kanan UPK Dahlia, Encik Kamarul Ariffin Zulkarnain Yahaya, Penolong Pengurus Asrama Kanan UPK Dahlia, Encik Khairi Shah Kamal Kumar, Staf Residen Kolej Dahlia merangkap penasihat program, Encik Ahmad Tarmizi Kamaruzaman, serta barisan Jawatankuasa Perwakilan Kolej Dahlia sesi 2022/2023 sebagai Jawatankuasa Pelaksana Program Dahlia Fun Fiesta Malam Kita.

Penyerahan replika cek telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Profesor Madya Dr. Badrul Isa diiringi oleh Dr. Firdaus Ahmad Fauzi dan diterima oleh Pengarah Unit Perkhidmatan OKU UiTM, Prof. Madya Ts. Dr. Roslinda. Diharapkan dengan kejayaan melangsungkan program Dahlia Fun Fiesta: Malam Kita dapat memberi inspirasi kepada badan persatuan di UiTM untuk menceburkan diri dalam bidang keusahawanan disamping tidak lupa untuk saling membantu unit yang memerlukan di dalam institusi pendidikan kita.