International collaboration teaching “Maternal Health Care(Safe Motherhood initiative – maternal health care, family planning)”

UiTM Kampus Bertam pada 17 Desember, 2022 dari jam 10 pagi -1.00 tengahari, di bawah anjuran Program Diploma Kejururawatan, Fakulti Sains Kesihatan (FSK) telah berjaya melaksanakan program International collaboration teaching yang bertajuk “Maternal Health Care(Safe Motherhood initiative – maternal health care, family planning)” diantara UiTM Cawangan Pulau Pinang, kampus Bertam dengan Universitas Muhammadiah Malang(UMM), Indonesia. Dua orang pensyarah dari UMM yang terlibat iaitu Dr. Yoyok Bekti, yang merupakan Dean of the Faculty of Health Sciences, Universitas Muhammadiyah Malang,Indonesia. Dan Dr. Ns. Henny Dwi Susanti vice dean of academic affair Faculty of Health Sciences, Universitas Muhammadiyah Malang,Indonesia.

Ianya merupakan kolobarasi penyampaian bagi Kod Nur310(Community Health Nursing) bagi pelajar semester 5 yang terdiri daripada 30 orang pelajar. Pensyarah yang terlibat dalam kod kursus ini ialah Dr. Rusnani Ab Latif dan Puan Norasma Bakar. Walaubagaimanapun, ianya terbuka kepada semua pelajar program kejururawatan untuk memberi pendedahan awal dan berkongsi pengetahuan. Tujuan program di adakan untuk memenuhi objective pembelajaran dan berkonggsi pandangan dalam penjagaan komuniti. Di antara objektif pembelajaran adalah:
i. Tentukan konsep dan prinsip asas kejururawatan kesihatan komuniti;
ii. Mempamerkan kemahiran dan teknik kejururawatan yang cekap dalam menyediakan penjagaan untuk klien dalam persekitaran komuniti,
iii. Menunjukkan pengurusan kolaboratif dalam menyediakan penjagaan holistik untuk individu, keluarga dan penduduk.