Perlawanan Persahabatan Bola Tampar

Perlawanan Persahabatan Bola Tampar di antara pasukan lelaki UiTM Kampus Raub, UiTM Kampus Jengka dan Institut Pendidikan Guru(IPG) Kampus Tengku Ampuan Afzan Kuala Lipis telah berlangsung bertempat di Gelanggang Bola Tampar Kompleks Rakan Muda Dong pada 15 Januari 2023.

Tujuan perlawanan ini diadakan adalah bagi mengeratkan hubungan silaturrahim di antara warga UiTM dan juga warga IPG dalam masa sama mempromosikan gaya hidup sihat dalam kalangan warga kedua-dua agensi. Perlawanan yang julung kali diadakan ini dilihat mampu menjadi platform bagi mencungkil bakat dan potensi menerusi acara sukan disamping dapat membina jaringan industri dan komuniti setempat.

Diharapkan penganjuran aktiviti kesukanan dan riadah seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang selaras dengan matlamat Pembangunan Mampan 3 (SDG 3): Kesihatan dan Kesejahteraan Baik.