Navigating Industry Players Towards Simplified Financial Accounting Workshop

BANDARAYA MELAKA, 6 Januari 2023 – Telah berlangsung program “Navigating Industry Players Towards Simplified Financial Accounting Workshop” anjuran Fakulti Perakaunan, Universiti Teknologi MARA, Cawangan Melaka dengan kerjasama Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, UiTM Cawangan Melaka dan Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri, UiTM Cawangan Melaka. Program ini telah diadakan dari pukul 8 pagi hingga 5 petang di Bilik Seminar, Aras 16, UiTM Kampus Bandaraya Melaka.

Seramai 13 orang pensyarah Fakulti Perakaunan, 3 orang pensyarah Fakulti Pengurusan Perniagaan, dan 15 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda Perakaunan menjadi fasilitator bagi program ini. Program ini merupakan sebuah bengkel yang dijalankan bersama kumpulan perniagaan yang terdiri daripada ABR, ABR Food, D’Qaseh (Kota Tinggi dan Kulai), D’Qaseh (Kluang), dan Nadi Utama yang bernaung di bawah Ittihad Trading and Resources Sdn Bhd.

Projek ini bertujuan untuk membantu pihak syarikat menyediakan pelaporan kewangan lengkap bagi kumpulan perniagaan mereka dengan mengguna pakai Template ALST 2.0 (Accounting Literacy Simplified Template 2.0) selain mendedahkan kepada para pelajar tentang penyediaan penyata kewangan dan mendapatkan pengalaman secara terus dengan pihak industri yang terlibat secara langsung dengan dunia perniagaan.