Perbincangan Libat-Urus UiTM Cawangan Pahang dan Grab Wilayah Pantai Timur

YBhg. Profesor Ts Dr Mohd Ilham Adenan menerima kunjungan wakil dari Grab iaitu Encik Mohd Azraie Bin Azahari, Pengurus Operasi Grab Wilayah Pantai Timur, Encik Mohd Qadim Bin Hashim, Pegawai Kanan Operasi Grab Pahang dan Puan Rosherdayantie Binti Ibrahim, Pemandu Alpha (Jengka) hari ini di Bilik Gerakan Pejabat Rektor UiTM Cawangan Pahang.

Tujuan kunjungan ini adalah untuk membincangkan pelancaran operasi GrabFood di Jengka sekaligus membincangkan kebarangkalian libat-urus secara langsung pihak UiTM Cawangan Pahang dengan Grab.
Semoga perancangan ini menjadi kenyataan dan memberi manfaat yang baik buat kedua-dua pihak.