PERBINCANGAN DI ANTARA BHEP UCPh DAN i-LEAD UNTUK MENGADAKAN PROGRAM KEPIMPINAN ALTRUISTIK (PKA) MAHASISWA UiTM CAWANGAN PAHANG 2023

Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Pahang (BHEP UCPh) dan Institut Pembangunan Dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD) Kementerian Belia dan Sukan – Kem Wawasan Negara Maran telah mengadakan perbincangan untuk mengadakan Program Kepimpinan Altruistik (PKA) Mahasiswa UiTM Cawangan Pahang secara bersiri untuk tahun 2023.

Perbincangan ini melibatkan YBrs Dr Haji Mohd Kamal Azman bin Jusoh , Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar bersama dua orang wakil i-LEAD iaitu YBrs En Sufian bin Yusof, Ketua Kem serta YBrs En Muhammad bin Abdullah, Penolong Pegawai Belia dan Sukan.

Program ini akan menekankan tentang kepimpinan altruistic (kesukarelawan) mahasiswa seperti pengurusan bencana, asas pertolongan kecemasan dan asas menolong dan kaunseling.

Program ini telah dirancang dan akan melibatkan hampir 2340 orang mahasiswa di sepanjang tahun 2023 ini. Tempat yang akan dijalankan program ini adalah di UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka dan di Kem Wawasan Negara Maran.

Tiga orang kakitangan BHEP UCPh yang turut hadir bersama dalam perbincangan ini adalah :
1. En Mohd Hanifah bin Hashim, Penolong Pendaftar Kanan
2. En Mohd Risham bin Jaafar, Felo Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu ( IMPAK)
3. En Mohd Faizal Azrul Azwan bin Muhamed @ Che Harun , Ketua Unit Kepimpinan Pelajar
4. En Amar bin Sharuddin, Pegawai Eksekutif

Laporan oleh En Mohd Risham bin Jaafar, Felo IMPAK UCPh