PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM UiTM CAWANGAN PAHANG : KOLABORASI MENGAJAR ECS226 – SOLID MECHANICS

Bidang Struktur Pengajian Kejuruteraan Awam UiTM Cawangan Pahang (PKA UCPh) telah mengadakan “Kolaborasi Mengajar ECS226 – SOLID MECHANICS ” bersama pensyarah jemputan iaitu YBrs Ts. Dr. Mohd Faizal Bin Md Jaafar, Pensyarah Kanan, Universiti Malaysia Pahang.

Program kolaborasi di antara UiTM dan UMP ini telah diadakan pada 7 Jun 2023 ( Rabu ) bermula jam 7.45 malam hingga 10.00 malam secara atas talian. Para peserta program ini adalah 78 orang pelajar yang mengambil subjek ECS226 pada semester Mac 2023 – Ogos 2023 ini.

YBrs Ts Dr Faizal telah membincangkan sub topik 2.4 iaitu tentang “Deflections and Slopes/Rotations of Beams – Macaulay’s Methods”. Program ini amat digalakkan oleh Pusat Penyampaian Inovatif dan Pembangunan Pengajaran , Pejabat Timbalan Naib Canselor ( Akademik dan Antarabangsa ) UiTM .

Para pelajar ini telah mendapat banyak ilmu dan manfaat daripada penyampaian YBrs Ts Dr Faizal yang mana ilmu ini nanti akan memudahkan mereka memahami lagi tentang sub topik tersebut. PKA UCPh mengucapkan jutaan terima kasih kepada YBrs Ts Dr. Mohd Faizal Bin Md Jaafar atas kesudian dan kerjasama berkolaborasi dengan kami.

Terima kasih juga kepada YBrs Dr Nor Maslina Binti Mohsan selaku Ketua Bidang Struktur yang juga Ketua Pengelola Kolaborasi ini dan terima kasih kepada YBrs En Mohd Risham bin Jaafar selaku moderator program ini serta team pengajar dan para pelajar ECS226.

Team pengajar ECS226 – Solid Mechanics pada semester ini adalah :
1. Dr Nor Maslina binti Mohsan (Resource Person – RP)
2. En Mohd Risham bin Jaafar (Lecturer in Charge – LIC)
3. Dr Fadhluhartini binti Hj Muftah
4. Haji Ahmad Rasidi bin Osman
5. Ts. Dr. Duratul Ain binti Tholibon
6. En Noor Safwan bin Muhamad
7. Ir Dr. Siti Safirah binti Rashid

PKA UCPh akan meneruskan lagi program kolaborasi seperti ini untuk subjek yang lain nanti.

Laporan oleh En Mohd Risham bin Jaafar (Lecturer in Charge – LIC ECS226)