Pengurusan KorSISPA UiTM Cawangan Pahang Melakukan Kunjungan Hormat Ke Pejabat Pertahanan Awam Daerah Maran

Pengurusan KorSispa UiTM Cawangan Pahang telah mengadakan kunjungan hormat kepada YBrs Kapten (PA) Mohd Noor Azhar bin Yusof, Pegawai Pertahanan Awam (PA) Daerah Maran pada 31 Mei 2023 di Pejabat Pertahanan Awam Daerah Maran.

Kunjungan hormat ini diketuai oleh YBrs Leftenan Kolonel Bersekutu (PA) Dr. Fauzi Azmi – Timbalan Komandan bersama 4 anggota Pegawai Bersekutu KorSispa UiTM Cawangan Pahang.

Kunjungan ini bertujuan untuk meraikan kehadiran YBrs Kapten Azhar yang mula bertugas di Daerah Maran.

Semasa perjumpaan ini, Pengurusan KorSispa juga mengambil peluang membincangkan pelbagai perkara seperti kursus asas kepada Pegawai Bersekutu dan pelajar KorSispa, tugasan dan penetapan Anggota Sukarela Tugas Pejabat (ASTP), permohonan baju No 4 untuk pelajar KorSispa serta pelaksanaan majlis pentauliahan Staf Muda KorSispa yang akan diadakan di peringkat Kampus Pahang pada tahun ini.

YBrs Kapten Azhar menerima dan mengambil maklum secara positif tentang perkara-perkara yang dibincangkan dan berjanji akan terus memberi komitmen serta membantu Pengurusan KorSispa UiTM Cawangan Pahang.

Kunjungan hormat ini turut dihadiri bersama oleh 4 anggota Pegawai Bersekutu iaitu :

1. Mejar Bersekutu (PA) Mohd Risham bin Jaafar – Ajutan
2. Leftenan Bersekutu (PA) Haji Faizat bin Hasan – Pegawai Latihan
3. Leftenan Bersekutu (PA) Norshasila binti Kalam – Pegawai Pentadbiran
4. Staf Muda (PA) Nurul Aziezuliawatie binti Abdullah – Pegawai Penyelaras

Jutaan terima kasih kepada YBrs Kapten Azhar dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia atas kerjasama ini.