UiTM Mengekalkan Kedudukan 101-200 Seluruh Dunia Dalam THE Impact Rankings 2023

SHAH ALAM, 1 Jun 2023 – Dalam usaha untuk menegakkan Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, UiTM untuk tahun keempat berturut-turut mendapati dirinya berada di kedudukan dalam Times Higher Education (THE) Impact Rankings 2023. THE Impact Rankings mengukur kejayaan sesebuah institusi dalam menjayakan 17 SDG Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berdasarkan kesannya terhadap komuniti dan masyarakat. Pada tahun ini, UiTM mengekalkan kedudukan strategiknya pada tangga 101-200 daripada 1,591 kedudukan institusi di seluruh dunia dengan skor keseluruhan 85.9 berbanding 82.8 pada tahun lepas. Di samping itu, UiTM terus mengekalkan kedudukannya sebagai universiti kedua tertinggi di Malaysia bersama Universiti Malaya dan Universiti Teknologi Malaysia yang juga menduduki tangga yang sama.

Daripada 17 SDG, UiTM menghantar data untuk lapan SDG pada tahun ini dan menyaksikan peningkatan markah bagi kebanyakan kategori berbanding prestasinya tahun lepas. Tahun ini, UiTM berada dalam kedudukan 50 universiti terbaik di seluruh dunia untuk tiga SDG, iaitu SDG17 (Partnership for the Goals), SDG5 (Gender Equality), dan SDG16 (Peace, Justice and Strong Institutions). UiTM juga berada dalam kedudukan 100 universiti terbaik di seluruh dunia untuk tiga SDG, iaitu SDG7 (Affordable and Clean Energy), SDG4 (Quality Education) and SDG 1 (No Poverty).

Bagi tiga kategori teratas UiTM tahun ini, UiTM berjaya meningkatkan kedudukannya untuk SDG5 (Gender Equality) tahun ini apabila ia mencapai kedudukan ke-33 di seluruh dunia dengan lonjakan 18 tempat daripada kedudukan ke-51 tahun lalu. Buat pertama kali tahun ini, UiTM menyertai SDG16 (Peace, Justice and Strong Institutions) dan berjaya mencapai kedudukan ke-38 di seluruh dunia. Akhir sekali, untuk SDG17 (Partnership for the Goals), yang merupakan SDG wajib untuk semua institusi dalam THE Impact Rankings, UiTM menduduki tempat ke-25 di seluruh dunia dengan lonjakan 17 anak tangga daripada kedudukan ke-42 pada tahun lepas. Dua lagi SDG yang UiTM sertai tahun ini ialah SDG3 (Good Health and Wellbeing), dan, buat pertama kali tahun ini, SDG11 (Sustainable Cities and Communities).

Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Dr. Hajah Roziah Mohd Janor menyatakan kebanggaannya atas peningkatan markah UiTM dalam THE Impact Rankings tahun ini. “Sebagai sebuah universiti, kami menyokong SDG dengan empat cara: melalui pengajaran, penyelidikan, stewardship dan outreach. Justeru, prestasi kami dalam THE Impact Rankings mencerminkan inisiatif kami ke arah menyokong SDGs dan usaha kami untuk menyokong komitmen Malaysia Madani ke arah kemampanan dan kemakmuran,” katanya.