Pengintegrasian Ikrar Integriti Akademik Pelajar Di Dalam Sistem UFUTURE

 

Integriti akademik adalah seiringan dengan nilai-nilai intrinsik yang penting untuk memupuk sikap bertanggungjawab dalam penerokaan ilmu dan kecemerlangan akademik. Setiap pelajar UiTM adalah bertanggungjawab untuk bersikap jujur dan menyanjung tinggi semua piawaian yang telah ditetapkan dalam semua pentaksiran akademik.

Ikrar Integriti Akademik Pelajar (Student Pledge of Academic Integrity)

Ikrar Integriti Akademik Pelajar telah dibangunkan berlandaskan Polisi Pentaksiran dan Penilaian Akademik UiTM Pindaan 2021.

Pengintegrasian Di Dalam Sistem UFUTURE

Ikrar Integriti Akademik Pelajar telah diintegrasikan di dalam sistem UFUTURE. Oleh yang demikian, Ikrar Integriti Akademik tersebut boleh dilengkapkan oleh pelajar secara atas talian melalui sistem tersebut. Sekiranya Ikrar Integriti Akademik belum dilengkapkan oleh pelajar, pelajar akan disekat dari mengakses course menu. Pelajar juga boleh menyemak status ikrar tersebut di page Members. Selain itu, ciri tambahan yang sedang dibangunkan adalah fungsi Download PDF. Pensyarah boleh memuat turun fail PDF bagi semua pelajar yang telah melengkapkan deklarasi tersebut. Manakala pelajar pula hanya boleh memuat turun deklarasi mereka sahaja.

Penyimpanan Dokumen Ikrar Integriti Akademik Pelajar

Garis Panduan berserta Infografik bagi proses penyimpanan dokumen Ikrar Integriti Akademik Pelajar (Manual atau UFUTURE) telah disediakan untuk semua pensyarah.

Sila rujuk laman sesawang Bahagian Pentaksiran dan Penilaian Akademik (BPPA) https://bppa.uitm.edu.my/ untuk memuat turun dokumen berkaitan.