Research Outreach Program

31 Mei 2021- Telah berlangsung Research Outreach Program yang pertama untuk tahun 2021 bersama warga penyelidik Fakulti Sains Gunaan (FSG) anjuran Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC), dan Neksus Penyelidikan UiTM (ReNeU), Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi).

Program ini disempurnakan dengan ucapan pembukaan oleh YBhg. Profesor Dato’ Dr Abu Bakar Abdul Majeed, Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) dan Profesor Dr Farida Zuraina Mohd Yusof, Dekan Fakulti Sains Gunaan. Program yang diadakan melalui platform dalam talian ini telah berjaya dilaksanakan dengan penyertaan seramai 101 orang peserta yang terdiri daripada pensyarah dan penyelidik FSG.

Pelbagai initipati dan maklumat telah dikongsikan bersama bagi memperkasakan lagi aktiviti penyelidikan di UiTM seperti peluang permohonan geran penyelidikan, tatacara mencapai laporan 100% projek penyelidikan, etika dalam penerbitan dan potensi dalam merebut peluang aktiviti inovasi.

Di samping itu, program ini turut diserikan lagi dengan sesi perkongsian kemahiran oleh pakar bidang dari penceramah YBhg. Prof. Dr Rofina Yasmin dan Prof. Dr Amir Feisal Merican Aljunid Merican, dari Universiti Malaya.