PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM UiTM CAWANGAN PAHANG MENYERTAI LAWATAN MUHIBAH DAN PROGRAM CAKNA SISWA KE KOLEJ MAT KILAU DAN KOLEJ TOK GAJAH ANJURAN UNIT PENGURUSAN KOLEJ KAMPUS JENGKA

JENGKA, 5 Julai 2023 – Ts Zulhafizal Othman selaku Ketua Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam UiTM Cawangan Pahang bersama beberapa pensyarah dan kakitangan telah menyertai Lawatan Muhibah Dan Program Cakna Siswa ke Kolej Mat Kilau Dan Kolej Tok Gajah Anjuran Unit Pengurusan Kolej Kampus Jengka yang telah diadakan pada bulan Jun 2023. Lawatan ini bertujuan untuk mengambil tahu perihal kehidupan mahasiswa di Kolej Mat Kilau Dan Kolej Tok Gajah.

Semasa program ini berlangsung, Ts Zulhafizal dapat makluman bahawa para mahasiswa Diploma Kejuruteraan Awam CEEC110 amat berpuashati dengan segala kemudahan dan keadaan di kolej. Mereka juga memaklumkan bahawa pihak Unit Pengurusan Kolej amat perihatin dengan aduan atau masalah yang mereka hadapi . Mereka amat berpuashati dan mengucapkan terima kasih atas tindakan pantas terhadap aduan dan sentiasa menjaga kesejahteraan mereka.

Lawatan ini turut melibatkan Rektor UiTM Cawangan Pahang, para Ahli Jawatankuasa Eksekutif Negeri , para Ketua Pusat Pengajian , para kakitangan Unit Pengurusan Kolej, para Staf Residen Kolej dan Jawatan Kuasa Perwakilan Kolej. Kakitangan Pengajian Kejuruteraan Awam yang hadir bersama dengan Ts Zulhafizal adalah En Mohd Risham Jaafar, En Noor Safwan Muhamad, Puan Rafidah Rahman, Puan Ainamardia Nazarudin, En Muhammad Isha Ismail dan Dr Wan Zukri Wan Abdullah.

Ts Zulhafizal juga berkesempatan memberikan sedikit cenderhati kepada para Mahasiswa Diploma Kejuruteraan Awam CEEC110. Beliau sangat berpuashati dengan program seperti ini kerana ia mendekatkan hubungan di antara Pengurusan UiTM dan mahasiswa serta berharap program ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang.