Pembantu Makmal UiTM Cawangan Sabah Rangkul Anugerah Pentadbir Terbaik UiTM 2022

SHAH ALAM, 20 Disember 2023: Encik Jemat Julaihi @ Basri, Pembantu Makmal C19, Universiti Teknologi MARA Cawangan Sabah (UiTMCSH) Kampus Tawau telah merangkul hadiah kategori utama Anugerah Pentadbir UiTM 2022 pada Majlis Kemuncak Bulan Inovasi dan Kualiti UiTM 2023, bertemakan Merealisasikan Daya Tahan Melalui Jaminan Kualiti yang berlangsung di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM.

Encik Jemat memenangi kategori Anugerah Pentadbir Terbaik (Kumpulan Pelaksana Gred 11 – 28), melayakkan membawa pulang wang tunai berjumlah RM3,000 beserta piala dan sijil. Penerimaan hadiah telah diwakili oleh pihak urusetia kerana beliau sedang bercuti balik wilayah asal bersama keluarga di Kuching, Sarawak.

Hadiah disampaikan Naib Canselor UiTM, Professor Datuk Ts. Dr. Shahrin Sahib @Sahibuddin.

Antara sumbangan dan pencapaian En. Jemat sepanjang tahun 2022, Pemenang Pingat Perak Kategori Virtual Online Laboratories, SCANF-CD (Science Chromatography Art and Design Fiction on Filter Paper-ChromDeco), The PPT UiTM National Virtual Innovation Competition 2022 (PPTNVIC’22), Pemenang Pingat Gangsa Kategori A Sains dan Teknologi,  Chromato-Deco: From Lab to Crafts Work, The Fourth Virtual International Breakthrough Invention, Innovation and Design Exhibition 2022 (VI-BiiDE’22), UiTM Cawangan Pahang, Setiausaha Jawatankuasa Safety Committee Under Department (SCUD) 2022 – 2024, UiTMCSH Kampus Tawau, Setiausaha Program Bersama Komuniti Kolaborasi Politeknik Tawau Sabah, Setiausaha Program 1 Book, 1 Semester 3R: Read, Review and Revive Competition 2022 (1B1S3R’22), Penolong Setiausaha Hari Program Pra Pendidikan Tinggi 2022 (HPPT’22), Penceramah dan Penyelaras Bengkel Penulisan Beribu-ribu Pantun, Panel Juri Virtual Business Flyer Competition HPPT’22, Penceramah Sesi Perkongsian Ilmu Latihan Asas Penggunaan Mikroskop, Unit Makmal Sains, Pengacara Majlis Sempena Lawatan dan Ramah Mesra Naib Canselor Bersama Warga UiTMCSH Kampus Tawau 2022, Ahli Jawatankuasa Tawau Volley Ball Day 2022 dan Penulisan sejumlah 21 Berita Aktiviti UiTMCSH Kampus Tawau di UiTM News Hub.

Encik Jemat berkata, Syukur Alhamdulillah. Terima kasih tidak terhingga saya ucapkan kepada pihak penganjur, Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA), seluruh Pengurusan Tertinggi UiTM, khususnya Koordinator Kampus, UiTMCSH Kampus Tawau kerana memberi peluang serta kepercayaan untuk saya menjalankan tugas dan akhirnya segala sumbangan dan pencapaian yang tak seberapa saya berikan telah mendapat penghargaan penuh bermakna sepanjang 13 tahun berkhidmat di UiTM.

Katanya, diharap anugerah yang diperoleh ini akan dapat membakar semangat semua warga UiTM, khususnya UiTMCSH Kampus Tawau untuk terus cemerlang, sentiasa tawaduk dalam menjalankan tugas serta amanah diberikan dengan niat yang ikhlas kerana Allah SWT dan dilakukan bersungguh-sungguh, bagi membantu melonjak transformasi yang menggerak sinergi seluruh warga mencapai agenda Globally Renowned University (GRU2025).