Pemanah UiTM antara yang diraikan di Majlis Pelancaran Pahang Pride Athlete

Kerajaan Negeri Pahang telah melancarkan Pahang Pride Athlete dan pembukaan Akademi Golf dan E-Sport Pahang bagi tujuan menghargai dan meraikan kejayaan para atlet Pahang yang telah mengharumkan nama Negeri Pahang dan Malaysia. Sejumlah RM300,000 sumbangan telah disampaikan kepada kepada 1,000 atlet di mana setiap daripada mereka menerima RM300 seorang.

Majlis ini telah dirasmikan oleh YAB Menteri Besar, Datuk Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan. Turut hadir, Presiden Pahang Rangers, YAM Tengku Arif Temenggong Tengku Fahd Mua’adzam ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, YB. Dato’ Sri Haji Mohd Johari Haji Hussain, YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak dan ​Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang.

Nurfatin Nadhirah Binti Riznan, Muhammad Farhan Hakim Bin A. Rhyme, Arif Aiman Bin Azian, Safi Qurratu Aini Binti Saifol Anuar dan Nur Rafiqa Izzlyn binti Zaidi adalah antara atlet memanah UiTM yang mewakili Pahang yang diraikan di dalam majlis ini. Bekas pemanah UiTM dan Pahang yang hadir antaranya adalah Adibah Tajudin, naib johan Asian Archery Grand Prix & Asian Youth Archery Championship 2011 Dhaka, Bangladesh